Kenangan Abadi, atau Badi?

Sekiranya anda mengikuti kisah Harry Potter, and tahu bahawa Voldermont memecahkan rohnya kepada 7 bahagian dan menyimpannya ke dalam 7 objek. Objek ilmu hitam ini dikenali sebagai horcrux.

Dan Horcrux tadi hanya boleh dicipta dengan perbuatan jahat paling kejam: membunuh.

Voldermont percaya dengan tersimpan roh-rohnya di dalam horcrux ini, dia akan dapat hidup selama-lamanya.

Di zaman sekarang pun sebenarnya ada horcrux, dan lebih daripada 7. Ia tidaklah sampai ke tahap tempat menyimpan roh, tetapi ia kekal berbekas dan menjadi bukti bahawa kita pernah wujud dan hidup di muka bumi ini.

7 horcrux yang saya maksudkan:

WhatsApp

Facebook

Instagram

WordPress/blog

Tik Tok

Linked In

Twitter

…banyak lagi.

Semoga kita berhati-hati bila menyimpan kata-kata dan kenangan di tempat ini. Kita tak tahu mana satu yang berbekas dan kekal hidup selama-lamanya.

,